Categories: Sihat

Hidap Diabetes Semasa Hamil, Adakah Boleh Mengancam Nyawa Bayi?

Setiap ibu yang hamil mesti mahukan kesihatan mereka baik-baik sahaja. Namun, ketika hamil, tubuh badan kita tidak boleh terlepas daripada terkena penyakit. Itu yang membimbangkan!

Ada yang sebelum hamil, kesihatannya cukup baik. Tapi, setelah disahkan hamil beberapa bulan selepas itu, dia disahkan pula menghidap pernyakit tertentu termasuklah kencing manis (diabetes). Memang risau dibuatnya! 

Diabetes semasa hamil boleh terjadi disebabkan oleh perubahan hormon seseorang. Ini kerana, peningkatan kadar gula boleh berlaku semasa hamil akibat perubahan metabolisme endokrin dan karbohidrat. 

Namun begitu, ia dianggap normal, tapi para ibu perlu mengawal cara pengambilan makanan mereka supaya kesihatan kekal dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan. Jika tidak, ia akan mendatangkan kesan yang bahaya terutamanya kepada bayi dalam kandungan.

Jom kita ketahui antara risiko, ciri-ciri penyakit diabetes serta apa yang perlu anda lakukan apabila mengalami situasi ini. 

Foto: Pinkkorset

Risiko pada ibu yang mengalami diabetes semasa hamil

1. Praeklampsia (sindrom tekanan darah tinggi atau peningkatan kadar protein dalam darah).

2. Kelahiran pramatang.

3. Cairan ketuban berlebihan.

4. Jangkitan saluran kencing.

5. Jangkitan keputihan pada vagina.

Ciri-ciri ibu yang mengalami diabetes semasa hamil

1. Kerap buang air kecil, cepat rasa lapar dan kehausan setiap masa.

2. Berat badan menurun.

3. Cepat berasa letih.

4. Jangkitan kulit atau luka susah nak sembuh.

5. Penglihatan kabur.

6. Kadar gula tinggi dalam air kencing.

Jika diabetes berlaku luar kawalan ibu, ini yang perlu anda lakukan

Foto: Starberita

1. Anda perlu membuat pemeriksaan rutin kepada doktor O&G (Obstetric and Gynecology) bagi memastikan kandungan anda berada dalam keadaan yang baik dan paras gula dikawal sempurna.

2. Sentiasa berfikiran positif dan bahagia ketika berbadan dua supaya bayi dalam dalam rahim ibu turut rasa seronok dan riang.

3. Lakukan senaman ringan supaya badan tetap cergas.

4. Tingkatkan ibadah sebagai satu kewajipan yang tak harus dilupakan untuk memberikan aura positif buat ibu dan bayi.

Sebaiknya, jagalah pemakanan anda semasa hamil, kurangkan gula dan sentiasa berjumpa doktor untuk mengetahui tahap kesihatan anda. Semoga bermanfaat!

Sumber: TheAsianParentMalaysia

tex_admin