Trending By: Khairil Khusyairi August 17, 2022 @ 2:02pm

Hormat Keputusan Rakan Mahu Bersara, Fedi Nuril Harap Laudya Cynthia Bella Temui Ketenangan

Pelakon Indonesia, Fedi Nuril menghormati keputusan sahabat baiknya yang juga aktres popular, Laudya Cynthia Bella yang mahu bersara daripada dunia hiburan.

Menempa populariti menerusi gandingan mereka dalam filem Syurga Tidak Dirindukan, Fedi sebagai seorang sahabat yang banyak bekerjasama dengan Bella menyokong hasrat terbabit.

“Saya sebagai kawan menyokong apa sahaja yang membuatkan dirinya nyaman (selesa).

“Saya tengok kali terakhir penggambaran, dia sudah mulai tidak bersentuhan dan sebagainya.

“Memang agak sukar untuk menjayakan karya romantis dengan tidak bersentuhan apatah lagi, kisah yang dijayakan melibatkan peranan suami isteri.” katanya.

Fedi atau nama lengkapnya, Fedrian Nuril berharap sahabatnya itu akan menemui kebahagian dan ketenangan hidup yang dicari selama ini.

“Bagi saya, kalau memang dia sudah tidak nyaman dan ingin keluar daripada industri, tiada masalah. Yang penting, buat sahaja apa yang membuatkan kita bahagia dan berasa selesa.

“Saya berharap dia bertemu ketenangan dan kedamaian,” ujarnya.

Awal bulan ini, Bella telah mengumumkan persaraanya daripada dunia seni selepas dikatakan bergelar isteri kepada seorang lelaki Dubai.

Artikel Berkaitan: Laudya Cynthia Bella Umum Bersara Dari Dunia Seni

Artikel Berkaitan: Bernikah Dengan Jejaka Dubai, Pengurus Laudya Cynthia Bella Tepis Dakwaan!

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Jan 2021

PKP Tidak Akan Disambung Kecuali…

Stay Safe! #KitaJagaKita

Trending Sun, 18 Mar 2018

艾莎公主现身暴风雪街头!解救陷入雪地的警车

迪士尼经典动画《冰雪奇缘》(Frozen)的艾莎(Elsa)拥有掌控冰雪的魔力,深受影迷喜爱。不过,美国网友日前直击「艾莎」现身波士顿街头,还撩起裙摆、协助受困警车脱离雪堆,而当时的影片也在网路上爆红疯传。

Trending Tue, 11 Feb 2020
Cahaya Mata Tue, 25 Oct 2022

Tidak Berpantang Cara Orang Melayu, Dr Amalina Beri Tips Lepas Bersalin

Boleh cuba untuk para-para ibu yang baru lepas melahirkan tu

Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Kekuatan Jantung Tinggal 26 Peratus Sahaja, Ebby Yus Kena Cari RM38,000 Tanggung Kos Pasang Bateri Pada Jantung

Semoga ada pihak sudi hulurkan sumbangan kepada Ebby Yus dan harap segala urusan dipermudahkan.

Hiburan Tue, 12 Dec 2023