Categories: Trending

Hubungan Meghan Markle- Kate Middleton Dingin?

Pasangan diraja Putera Harry dan isteri Meghan Markle dilaporkan bakal berpindah ke kotej 10 bilik berhampiran Istana Kensington.

Menurut laporan etonline.com, pengumuman untuk pindah kediaman dibuat selepas timbul laporan keretakan hubungan Meghan dengan kakak ipar, Kate Middleton.

Media antarabangsa turut mendapat sumber dalaman dari Istana mengatakan hubungan mereka sebenarnya bermasalah sudah lama. 

“ Meghan dikatakan pernah melukakan hati Kate sehingga dia menangis, tidak lama selepas dia melahirkan bayinya, suatu ketika dahulu,” ujar satu sumber.

Menurut sumber dipercayai itu juga, krisis antara dua wanita ini berlaku disebabkan perbezaan karakter.

” Karakter mereka berdua sangat berbeza. Meghan adalah ekstrovert manakala Kate sedikit pemalu,” ujar sumber.

Dalam pada itu, Meghan dan Harry dijangka berpindah ke sebuah apartmen tidak lama lagi.- etonline.com.

SGMS Faida