Categories: FeaturedTrending

Hukum Pengambilan Vaksin, Malaysia Rujuk Ulama Dunia – Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan Malaysia mendapatkan pandangan dan penjelasan ulama terkemuka dunia tentang hukum pengambilan vaksin COVID-19.

Katanya, beliau menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin, antaranya Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb, Mufti Mesir Shawki Allam dan Pengerusi Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu Syeikh Abdullah Ben Bayyah.

“Rata-rata mereka berfatwa bersandarkan kepada rujukan pakar (bidang kesihatan) bagi memastikan vaksin ini (vaksin COVID-19) selamat dan halal digunakan.

” Antara syarat fatwa juga ialah merujuk kepada ahli ikhtisas (bidang khusus),” katanya dalam Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Vaksin: Cegah Sebelum Kalah’ yang disiarkan secara langsung di TV 1 malam tadi.

Forum itu menampilkan sembilan ahli panel yang terdiri daripada mufti, pensyarah universiti, pendakwah dan pakar perubatan yang membincangkan mengenai isu vaksin.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”