Categories: Trending

Aeril Zafrel Didakwa Curang, Wawa Zainal Siap Dapat ‘Jemputan’ Ke Hotel Tengok Suami B*g*l

Apalah nak jadi ni!

Mungkin ada sesetengah pihak terkejut kononnya desas-desus mengatakan Aeril Zafrel curang terhadap isteri beliau yang juga pelakon dan usahawan, Wawa Zainal.

Ini kerana, Wawa Zainal dilihat memuat naik gambar berupa screenshot mesej yang diterimanya menerusi akaun instagram miliknya pada Khamis yang mengatakan individu terbabit merupakan kenalan rapat Aeril.

“Datang Jonker Street, saya jumpa kamu pastu kamu boleh tengok husband kamu bogel…”

Menurut individu berkenaan, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 33, itu berlaku curang dengan menghantar mesej kepada individu terbabit dan mengajaknya untuk melakukan perkara ‘sumbang’.

Namun, sebagai isteri Wawa Zainal dilihat tidak cepat melatah dengan kiriman mesej tersebut lantas menyifatkan manusia zaman sekarang memang menakutkan tulisnya menerusi ruangan kapsyen gambar berkenaan.

 

Sumber : Instagram @W4W4_Zainal

Terdahulu, pasangan sama cantik, sama padan ini baru sahaja menyambut hari ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-9 pada 25 Februari 2021.

Dan hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu, Ahmad Fakharuddin Attar, 8, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia satu tahun.

Salma Syahbuddin