Categories: FeaturedTrending

Dedah Wajah Tanpa Solekan, Ramai Puji Kecantikan Asli Hannah Delisha

Pelakon Hannah Delisha semakin mendapat perhatian ramai sejak mendirikan rumah tangga minggu lalu bersama aktor kelahiran Singapura, Muhammad Imam Shah.

Jika sebelum ini ramai yang memuji sikap Hannah yang sangat bijak menjaga privasi dan merahsiakan hubungan cintanya, terbaru sekeping foto yang dimuat naik oleh Hannah tanpa mengenakan sebarang solekan turut dipuji ramai.

Menjengah di ruangan komen ramai yang kagum dengan kecantikan asli Hannah malah ada juga yang mengatakan Hannah semakin berseri seri sejak berkahwin.

Terdahulu, Hannah dan Imam melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri oleh kaum kerabat pada 18 Februari 2021 selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”