Categories: FeaturedTrending

Pasangan Saintis Temui Penawar Covid-19 Terima Darjah Kebesaran

Nama pasangan suami isteri saintis Ugur Sahin dan Ozlem Turecis semakin mendapat perhatian ramai.

Pasangan itu semakin dikenali kerana menjadi antara individu yang membangunkan vaksin COVID-19 yang pertama dengan keberkesanan tinggi.

Susulan sumbangan mereka, Pejabat Presiden mengumumkan pasangan suami isteri itu akan menerima Darjah Kebesaran Merit oleh Republik Persekutuan Jerman.

Menurut kenyataan, Sahin, 56, dan Tureci, 54, dianugerahkan Darjah Kebesaran Merit Komandan Kesatria, iaitu salah satu penghormatan tertinggi yang diberikan oleh Jerman.

Sahin, 55, dan Tureci, 53, menubuhkan syarikat BioNTech di Mainz, Jerman pada 2008.

Setakat ini, Malaysia antara negara yang menerima vaksin Pfizer, dengan penghantaran kumpulan pertama sebanyak 312,390 pada 21 Februari lalu.

Foto: NY Times

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”