Categories: FeaturedTrending

KWSP Umum Dividen Konvesional 5.2 Peratus, Shariah 4.9 Peratus

Dalam satu kenyataan hari ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen Simpanan Konvensional sebanyak 5.20 peratus selepas mencatatkan prestasi kukuh dalam operasi dan kewangan bagi tahun 2020.
Kadar dividen bagi Simpanan Shariah pula ialah pada 4.90 peratus.
Agihan dividen ialah sebanyak RM47.64 bilion, iaitu RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional dan RM4.76 bilion bagi Simpanan Shariah.
Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata KWSP berjaya mencatat prestasi memberangsangkan untuk tahun 2020 walaupun dunia berhadapan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.
“Dengan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62% untuk Simpanan Konvensional dan 4.32 peratus bagi Simpanan Shariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP telah melebihi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada 2.00 peratus dalam tempoh lima tahun berturut-turut,” katanya dalam Laporan Kewangan KWSP Tahun 2020.
Sumber : BH
Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”