Ijab & Kabul By: Atiqah Johari November 18, 2023 @ 1:53pm

Ikhwan Fattana Sah Bergelar Suami Kepada Penyampai Radio Lin Ariffin

Penyanyi dan komposer, Ikhwan Fattana, 33, selamat bergelar suami kepada penyampai radio Zayan FM, Lin Ariffin pada malam Jumaat.

Memetik laporan Harian Metro, mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dalam majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu daripada kedua-dua belah pihak yang berlangsung di Hulu Langat, Selangor.

Pihak lelaki memberikan mas kahwin sebanyak RM300 beserta sebentuk cincin.

Ikhwan sempat berkongsi bahawa dia memilih Lin kerana percaya dia akan menjadi isteri yang terbaik.

“Saya sudah kenal Lin sebagai rakan sekerja sudah lama. Namun, kami mula rapat sejak Jun tahun ini dan seterusnya memutuskan untuk berkahwin walaupun dalam tempoh singkat.

“Saya pilih Lin kerana kami mempunyai banyak persamaan dan serasi untuk hidup bersama sebagai suami isteri,” katanya.

Jelas Ikhwan, status Lin sebagai ibu tunggal kepada seorang anak tidak menjadi penghalang untuk mereka hidup bahagia.

“Lin memiliki kriteria yang dicari sebagai isteri dan saya juga sudah bersedia untuk memikul tanggung jawab sebagai bapa tiri kepada anaknya, Idrus Adam yang berusia tujuh tahun.

“Apa yang penting, hubungan kami direstui keluarga kedua belah pihak,” katanya yang turut menyampaikan lagu berjudul Isteri Solehah yang dicipta khas buat isterinya pada majlis pernikahan mereka.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Jun 2023
Featured Thu, 9 Feb 2023

[VIDEO] “Tolong Eh, Jangan…” – Zizan Razak Marah Individu Tanya Soal Khai Bahar Pada Hawa Rizwana?

Amboiii Zizannn, kalau suka bagi tahu terus 🤪🤪 Nanti terlepas.. Hihiii

Events Wed, 1 Jun 2022
Featured Mon, 22 Aug 2022

[VIDEO] Lucu! Jebat Jayden Kantoikan Sharnaaz Ahmad Ada Girlfriend

Alahai comelnya! Spontan je dia jawab baba dia.

Trending Fri, 10 Apr 2020

“Beberapa Sektor Ekonomi Akan Dibuka Semula Secara Berperingkat” – Perdana Menteri

Senarai sektor akan diberitahu dalam masa terdekat ya…

Featured Fri, 23 Apr 2021

Sebilangan Kecil Tidak Patuh SOP Punca Peningkatan Kes- Ismail Sabri

Walaupun musim perayaan Aidilfitri hampir menjelang tiba namun sehingga ke hari ini pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kerana ia merupakan antara penyumbang peningkatan kes Covid-19. Menurut Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri, majoriti rakyat […]

Featured Tue, 23 May 2023