Categories: Trending

Imam Terbunuh Ketika Solat Jumaat

Seorang imam sebuah masjid di daerah Kuchlak, sekitar 25km dari Quetta, ibukota Balochitan, Pakistan terbunuh, bersama 3 orang lagi dan lebih 20 orang jemaah lainnya cedera parah akibat bom yang meletup sewaktu solat Jumaat hari ini.

Setakat ini empat orang terbunuh termasuk Imam masjid.

Angka kematian dijangka akan terus meningkat.  Menurut ketua polis Quetta lagi seperti yang dilaporkan media di Pakistan, bom tersebut diletupkan menggunakan alat peranti masa yang diletakkan di bawah kerusi kayu berdekatan dengan kawasan para jemaah sedang menunaikan solat. 

Setakat ini, polis belum menerima berita mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab atas kejadian yang mengerikan dan kejam ini.

Balochistan merupakan wilayah terbesar namun paling kurang penduduk di Pakistan. Wilayah ini juga tidak asing dengan serangan keganasan oleh puak pemisah, puak Taliban Pakistan serta geng sekutu ISIL dan ISIS. 

Serangan bom hari ini diduga berkaitan dengan projek-projek infrastruktur yang sedang dan akan dijalankan atas kerjasama di antara kerajaan Pakistan dan kerajaan Cina.

Del14