Categories: Trending

Ingkar PKP, Kena Denda Tulis “Im Sorry” 500 Kali

Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di setiap negara bagi tujuan memutuskan rangkaian Covid-19 daripada terus menular. Namun, masih ada lagi segelintir masyarakat yang ingkar dan keluar rumah seolah-olah tiada permasalahan besar yang sedang berlaku di negara ketika ini.

Jika di Malaysia, hukuman kompaun sebanyak RM1000 akan dikenakan kepada sesiapa yang masih keluar tanpa alasan yang jelas dan kukuh. Namun lain pula di negara India apabila pihak polis di sana mengenakan hukuman menulis “Im sorry” sebanyak 500 kali kepada lebih 700 orang pelancong yang ditangkap bersiar-siar di negara itu ketika dalam tempoh lockdown.

Kredit foto: Dailymail

Menurut sumber portal South China Morning Post, kebanyakkan pelancong yang ditangkap merupakan pelancong yang berasal daripada negara Mexico, Israel, Austria dan Austria dan mereka telah ditangkap semasa berjalan di Rishikesh, Utara India. Untuk pengetahuan, tempat ini merupakan tempat yang pernah dikunjungi oleh band popular The Beatles pada tahun 1968.

Menurut pegawai polis India, Vinod Sharma, kesemua pelancong yang didapati bersiar-siar semasa tempoh lockdown ini akan dipaksa untuk menulis “I did not follow the rules of lockdown so I’m so sorry“ sebanyak 500 kali di hadapan pegawai polis yang bertugas.

Kredit foto: Dailymail

Ingkar PKP di Malaysia boleh jejas rekod peribadi

Sementara itu di Malaysia, selain daripada dikenakan hukuman kompaun, sesiapa yang mengingkari arahan PKP boleh dihadapkan di mahkamah atas kesalahan mengikut Peraturan 6 Peraturan – Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah – Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 yang boleh dihukum mengikut Peraturan 11(1) peraturan yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Nampak macam biasa je kan? tapi sebenarnya jika korang tetap juga mengingkari arahan PKP dan disabitkan kesalahan, perkara ini boleh menjejaskan rekod peribadi korang pada masa akan datang tau.

Jadi duduk je rumah okay, tak rugi pun. Lagi selamat!

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover