Categories: FeaturedTrending

‘Rindu Mak’, ‘Nak Balik Raya’, itu antara tulisan pada PPE petugas barisan hadapan yang buat warga maya sebak

Pada saat kebanyakan masyarakat duduk di rumah, memasak menu yang sedap setiap hari dan dapat makan bersama keluarga tercinta, petugas barisan hadapan perlu berkorban dengan meninggalkan keluarga tersayang demi melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Perjuangan petugas barisan hadapan dalam membantu masyarakat dan negara bagi menangani krisis pandemik COVID-19 memang tiada tandingan.

Kredit gambar: Twitter My Metro

Bayangkan ada antara mereka yang perlu bekerja sehingga 18 jam sehari, terpaksa tidur di tempat kerja dan tidak dapat berjumpa anak serta isteri.

Keadaan fizikal dan mental mereka juga turut terkesan, badan penat dan emosi letih sehingga ada yang hilang semangat dan menangis kerana terlalu rindukan keluarga.

Kredit gambar: Hello Doktor

Dapat dilihat tulisan kata-kata semangat atau mesej yang hendak disampaikan mereka yang ditulis di Pakaian Perlindungan Diri (PPE) masing-masing.

Kredit gambar: Harian Metro

Ada antaranya betul-betul menyentuh hati seperti ‘Rindu Mak’, ‘Rindu Anak’, ‘Nak Balik Raya’ dan ‘3 Bulan X Jumpa Bini Wei!’.

Kredit gambar: Buletin Utama TV3

Kredit gambar: Harian Metro

Kredit gambar: NSTP/ Hazreen Mohamad

Bayangkan kita berada di tempat mereka. Oleh itu, hargailah pengorbanan petugas barisan hadapan kita dengan memberi kerjasama dan mematuhi arahan serta saranan pihak berkuasa untuk duduk di rumah demi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Semoga petugas barisan hadapan kita terus kuat, sabar dan tabah dalam menjalankan tanggungjawab murni mereka. Kita mesti menang dan kita jaga kita.

Ad Ops