[VIDEO] “Tak Ampa Mampuih, Dia Yang Mampuih” Sharnaaz Ahmad ‘Sekolahkan’ Netizen Isu Gunting Rambut

Masuk fasa ketiga tempoh PKP yang dilanjutkan pada 15 April lalu. Kerajaan turut mengumumkan beberapa perniagaan yang tidak dibenarkan untuk beroperasi termasuklah, kedai gunting rambut.

Ada juga netizen yang degil

Namun, terdapat segelintir netizen berhasrat untuk mengunjungi salon bagi mendapatkan servis tersebut biarpun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mengalakkan orang ramai untuk berbuat demikian kerana khuatir wujudnya kontak baru dalam penularan Covid-19.

Tak pasal-pasal kena ‘sekolahkan’ oleh Sharnaaz

Melihat sikap netizen yang ‘degil’ dengan seruan kerajaan, pelakon Sharrnaaz Ahmad tampil memberikan pesanan buat netizen kita menerusi IGTV miliknya.

Menerusi video berdurasi 3 minit dan 36 saat itu, Sharnaaz sempat berpesan agar netizen berada dalam keadaan sabar sepanjang tempoh PKP ini.

Al-maklumlah, tindakan mengunjungi salun rambut membuka peluang dan risiko yang besar untuk netizen diluar sana dijangkiti Covid-19.

“Saya tahu kerajaan ada bagi pergi gunting rambut. Korang bawa bersabar, gunting rambut ni orang kata satu benda yang boleh buat paling last pun tak apa”

Salma Syahbuddin