Categories: Trending

Ini 9 SOP Yang Perlu Anda Patuhi Bermula 4 Mei – KKM

Berita gembira buat rakyat Malaysia!

Nampaknya kebosanan anda ketika PKP bakal berakhir apabila kerajaan memutuskan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai Isnin ini.

Walaupun PKPB membolehkan operasi beberapa sektor ekonomi dibuka semula bermula 4 Mei namun terdapat standard prosedur operasi (SOP) yang ketat yang perlu dipatuhi.

Justeru, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Telegram rasminya menyenaraikan sembilan SOP yang perlu dipatuhi semua pihak terbabit termasuk orang ramai.

1. Amalan jarak sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu meter.

Kredit foto: Independent

2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitiser.

Kredit foto: Google

3. Penggunaan penutup hidung dan mulut.

Kredit foto: BH

4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis

Kredit foto: BH

5. Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU.

Kredit foto: Twitter

6. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kredit foto: Hello Doktor

7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial.

Kredit foto: Google

8. Menggalakkan transaksi secara atas talian.

Kredit foto: Google

9. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan Covid-19.

Kredit foto: KKM

Jangan lupa, patuhi SOP yang digariskan. Sama-sama kita mencegah penularan wabak ini. Amalkan jarak sosial di mana saja anda berada!


Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”