Categories: Trending

Sekolah Tidak Akan Dibuka Isnin Ini- KPM

Semenjak kerajaan memutuskan untuk membuat PKPB, terdapat desas desus yang mengatakan persekolahan akan bermula pada hari Isnin ini terutamanya buat pelajar yang mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Vokasional Malaysia.

Walaubagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini telah menyangkal dakwaan tersebut.

Menerusi Berita Harian, Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim, berkata pihak KPM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pembukaan sekolah seperti yang dilaporkan.

Kredit foto: The Star

Sementara itu, menurut Unit Komunikasi Korporat KPM, sekiranya sekolah akan dibuka semula pihak kementerian akan memaklumkan mengenai perkara itu dua minggu lebih awal.

“Seperti yang dimaklumkan YBMK (Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin) sebelum ini, sesi persekolahan akan dimaklumkan dua minggu lebih awal sebelum dibuka, bukannya Isnin depan.

“KPM juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sekolah akan mula dibuka selepas kenyataan yang dibuat oleh pihak menteri tempoh hari,” katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan beberapa sektor perniagaan dan sekolah akan mula dibuka bermula Isnin ini selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sekolah tak dibuka tak bermakna korang patut relaks-relaks di rumah. Buat para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, semoga berjaya dan teruskan pembelajaran efektif di rumah.

Sumber: Berita Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”