Categories: Eat TravelFeatured

Cantiknya fenomena air mata biru, ingatkan rakaman foto luar negara, rupanya di Kuala Selangor!

Signifikasi Pulau Cermin sebagai tumpuan pelancong di Kuala Selangor, sudah menjadi heboh seantero negara.

Jika tidak masakan pekan itu sering mendapat kunjungan pelancong dari Korea, Jepun, Australia dan Kanada, selain warga tempatan sendiri.

Tapi tahukah anda selain Pulau Cermin, terdapat satu lagi tarikan baharu di Kuala Selangor, dikenali sebagai ‘blue tears’ atau air mata biru.

Keindahan fenomena air mata biru ini hanya dapat disaksikan pada sebelah malam sahaja di sebuah pulau rahsia.

Fenomena air mata biru ini merupakan kejadian semula jadi di mana fitoplankton akan mengeluarkan cahaya biru terang.

Fitoplanton ialah sejenis tumbuhan mikromarin atau alga yang akan menghasilkan cahaya biru terang dan bentuknya seakan titisan air mata apabila bertindak balas dengan kandungan oksigen dalam air laut.

Pengunjung dapat melihat keindahan air mata biru dengan menaiki bot laju di Jeti Sky Mirror yang menyusuri perairan Sungai Selangor.

Foto: Rileklah

Foto: Rileklah

Kiranya selepas puas mengmbil gambar di Pulau Cermin, bolehlah anda menikmati pengalaman bertemankan kehidupan biru malam pula. Sungguh mengasyikkan!!

Difahamkan, tarikan ini hanya dibuka jam 8 malam hingga 10 malam sahaja dan kadar bayaran tiket berharga RM25 seorang. Jika anda berminat untuk mengunjungi tempat ini, boleh dapatkan makluat lanjut di laman sesawang ini.

Foto: Rileklah

Info tambahan:

Fenomena air mata biru ini, sebenarnya berpunca daripada kehadiran sejenis alga yang hidup dalam laut. Begitu pun cantik dilihat, kehadiran tumbuhan ringkas sel tunggal itu sebenarnya mengancam hidupan marin yang lain.

Yanie Baharom