Categories: Trending

PKP: Rakyat Boleh Melakukan Perjalanan Rentas Negeri Dari Kampung Bermula 7-10 Mei

Berita terkini buat rakyat yang terkandas di kampung.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pergerakan pulang dari kampung ke bandar akan bermula dari 7 Mei hingga 10 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyediakan jadual pergerakan bagi memastikan kelancaran perjalanan berkenaan.

”Cuma apa yang saya boleh beritahu, iaitu ianya bermula pada hari Khamis depan (7 Mei 2020) dan dijangka berakhir pada Ahad (10 Mei 2020),” kata beliau.

Selain itu, beliau turut menyeru majikan bagi syarikat swasta supaya tidak mengambil tindakan dan memberikan ruang kepada pekerja untuk memulakan kerja berdasarkan jadual yang disediakan oleh PDRM.

”Jadi janganlah mengambil tindakan kalau pekerja mula bekerja pada hari Isnin kerana permulaaan perjalanan akan bermula pada hari Khamis ini.

”Saya harap tidak ada pekerja-pekerja yang diambil tindakan oleh majikan swasta kerana ini bukan pilihan pekerja mereka tetapi ini adalah berdasarkan jadual yang disediakan oleh pihak PDRM,” kata beliau.

Sehingga kini, pihak PDRM telah menerima setengah juta borang permohonan rentas negeri yang dipohon menerusi aplikasi Gerak Malaysia.

Baca berita berkaitan: PKP; Setengah Juta Orang Direkodkan Daftar Gerak Malaysia

Semoga mereka yang ingin pulang ke bandar selamat tiba di destinasi. Pandu cermat jiwa selamat dan jangan lupa patuhi peraturan yang ditetapkan.

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”