Categories: Trending

Insentif RM10 Juta Buat Usahawan Bumiputera

Sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi membantu kira-kira 1,500 usahawan bumiputera yang menyewa dan berniaga di premis pusat beli-belah, di bandar-bandar utama seluruh negara dibawah seliaan UDA Holding Berhad (UDA).

Pengecualian sewa dan 50 peratus diskaun untuk…

Menurut Pengerusinya, Datuk Jalaluddin Alias, UDA bertanggungjawab membantu usahawan bumiputera terutamanya mereka yang terkesan semasa krisis Covid-19.

” Insentif tersebut adalah seperti pengecualian satu bulan sewa kepada penyewa yang menjual barangan tidak perlu, 50 peratus diskaun kepada penyewa yang menjual barangan perlu.

“Dan, pengurangan sewa 20 peratus turut diberikan kepada penyewa setelah tamat tempoh PKP sehingga September manakala penyewa tetap dibenarkan mempunyai sewa tertunggak selama tiga bulan sehingga 30 Sept nanti” Katanya.

Antara pusat beli-belah seliaan UDA ialah, Angsana Mall Johor Bahru, Angsana Mall Ipoh, Angsana Seremban dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur.

Justeru itu, beliau juga berharap agar insentif ini dapat merangsangkan perniagaan dan ekonomi usahawan berkenaan.

Salma Syahbuddin