Categories: Trending

“Insya-Allah, Kalau Dah Ada Tarikh Akan Diumumkan”- Uyaina Arshad Bakal Tamatkan Zaman Bujang

Walaupun ramai yang sedia maklum mengenai hubungan antara pelakon dan pengacara popular Wanita Hari Ini, Uyaina Arshad dan penyanyi, Raja Syahiran namun itu kedua-dua dilihat lebih selesa berdiam diri mengenai perancangan masing-masing.

Bagi Uyaina, beliau belum mahu mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai hala tuju hubungan istimewanya itu kerana menyifatkan setiap pasangan masing-masing mempunyai perancangan tersendiri.

“Buat masa ini kami mahu fokus terhadap kerjaya masing-masing. Dan, pastinya setiap pasangan mempunyai perancangan tersendiri”

Bagaimanapun, Uyaina tidak menolak sekiranya sudah tiba masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga, beliau akan umumkan kepada semua peminat.

“Kalau dah ada tarikh, Insya-Allah akan diumumkan” katanya.

Terdahulu, Uyaina dan Raja Shahiran terpaksa mengunci mulut mengenai majlis merisik yang diadakan pada November tahun lalu bagi menghormati permintaan keluarga kedua belah pihak.

 

Sumber : Gempak

Salma Syahbuddin