Kerajaan Boleh Tambah Caruman KWSP, Bantu Rakyat Keluarkan i-Sinar, i-Lestari

Kerajaan boleh menambah semula caruman wang KWSP yang telah dikeluarkan rakyat menerusi i-Sinar dan i-Lestari apabila ekonomi negara pulih kelak.

Pengurus Pembangunan Perniagaan, Putra Business School PBS, Universiti Putra Malaysia (UPM) Professor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latif berkata langkah itu bagi membantu pencarum mempunyai simpanan mencukupi apabila tiba hari tua kelak.

“Kerajaan selama ini sentiasa memberi bantuan tunai, BPR atau BPN tetapi duit itu habis terus dibelanjakan jadi daripada bantuan tunai secara langsung ada juga bentuk bantuan untuk persaraan mereka yang dimasukkan dalam KWSP.

“Duit itu boleh digunakan mereka untuk menjana pelaburan dan seterusnya memberi lebih banyak pulangan kepada pencarum. ”

Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan mesti komited untuk terus membantu rakyat dalam usaha untuk memulihkan ekonomi negara.

Kerajaan diharap boleh meneruskan pengeluaran i-Sinar, i-Lestari akan datang ini kerana hampir 200,000 rakyat telah kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan kebanyakan mereka berkerja sendiri dan tidak lagi mencarum sendiri.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”