Categories: Trending

Isteri mengerjakan haji, Aliff Syukri berdangdut?

Seolah-olah tidak peduli bahawa isteri dan ibunda tercinta sedang berada di tanah Haram untuk beribadat, Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik video Nur Sajat sakan bergelek di belakangnya dialuni lagu terbaru beliau #cowokbaru. Malahan ibu Datuk Aliff Syukri sendiri sudah tidak tahan dengan gelagat anaknya itu dan telah memberi komen panas di instagram Datuk Aliff.

Malahan isteri Datuk Aliff, Datin Nur Shahida yang sedang mengandungkan anak ke-5 mereka turut meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap suaminya yang hanya mengejar populariti walaupun dengan cara yang menjelikkan. Netizens Malaysia rata-rata bersimpati dengan isteri dan ibu Datuk Aliff yang cuba mengejar keberkatan di Tanah Suci Mekah tetapi dikejutkan dengan gelagat Datuk Aliff yang tidak habis-habis mengejar publisiti murahan dengan Nur Sajat dan telah mendapat kecaman demi kecaman di media sosial.

Apa-apa pun doa itu senjata terhebat seorang Muslim. Jadi sama-samalah kita berdoa agar Datuk Aliff boleh menerima teguran daripada semua pihak terutama sekali bonda dan isterinya yang tercinta. Duit boleh dicari Datuk, tapi keberkatan dari Ilahi yang patut dicari. 

 

Del14