Categories: Trending

Isu Ain Husniza: Guru SMK Puncak Alam Ditempatkan di JPN Selangor Sehingga….

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan mengenai isu seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA), Selangor yang didakwa mengeluarkan kata-kata tidak wajar semasa melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada seorang murid.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan oleh KPM di laman sosial Facebook dan Twitter rasmi mereka, guru terbabit kini ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sehingga siasatan selesai.

Ini berikutan murid sekolah terbabit, Ain Husniza Saiful Nizam telah membuat laporan kepada pihak polis mengenai dakwaan itu pada 24 April lalu.

Berikut merupakan kenyataan penuh KPM:

Negara dikecohkan dengan isu tular berhubung tindakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam, Selangor yang membuat jenaka rogol seperti didedahkan oleh Ain Husniza yang merupakan pelajar tingkatan lima sekolah terbabit.

Dalam isu itu, pengetua sekolah terbabit turut didakwa memperlekehkan pendedahan pelajar tersebut menerusi ruangan komen dalam satu hantaran Facebook.

Kredit foto: TheStar

Padin