Categories: FeaturedTrending

Perdana Menteri Adakan Lawatan Ke Pusat Pemberian Vaksin Di UM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM) semalam.

Beliau turut ditemani oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Dalam lawatan itu, beliau berpeluang bertemu serta berbual bersama penerima-penerima vaksin, bertanyakan keadaan dan pengalaman yang dilalui mereka sepanjang proses pengambilan vaksin.

“Petang tadi saya telah melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Universiti Malaya (UM) bagi melihat proses pemberian vaksin kepada penduduk yang berada di sekitar Lembah Klang.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menghargai usaha dan  kerja keras para petugas kesihatan yang membantu melancarkan proses vaksinasi.

“Alhamdulillah mereka berpuas hati dengan perjalanan proses pemberian vaksin dan menzahirkan terima kasih kepada petugas kesihatan dan juga sukarelawan yang begitu berdedikasi membantu penerima vaksin,” ujarnya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”

Recent Posts