Categories: FeaturedTrending

“Baru Tahu Mulut Saya Jahat Ke Baik…” – Fad Bocey Jadi Pak Cik Bawang?

Pelawak dan penyampai Hot FM, Fad Bocey bakal muncul di program realiti no 1, I Can See Your Voice (ICSYV) sempena hari raya Aidilfitri.

Untuk ICSYV musim kali ni, Fad berperanan sebagai panel penyiasat untuk menyiasat identiti penyanyi sebenar atau penyamar bersuara sumbang.

“Kalau perempuan kita ada mak cik bawang, saya jadi pak cik bawang. Saya pun jenis yang kalau awak nak tahu, awak kena rapat dengan saya, baru tahu mulut saya jahat ke baik,” komen Fad sewaktu sidang media ICSYV edisi raya.

Tambah Fad lagi, dia  berterima kasih kepada pihak produksi dan pastinya tidak sabar untuk menunggu reaksi daripada penonton apabila melihat kejutan yang bakal tiba.

Ha kalau korang nak tahu apa “kejutan kejutan” tersebut, jangan lupa saksikan I Can See Your Voice Edisi raya , 16 Mei ini, jam 9:00 malam hanya di TV3.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”