Categories: FeaturedTrending

Polis Guna Dron Pantau Pematuhan SOP Hari Raya Di Kawasan Perumahan

Tahun ini merupakan tahun kedua buat seluruh umat Islam  menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan  akan menggunakan dron untuk memantau pematuhan SOP di kawasan-kawasan perumahan dalam tempoh ini.

SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner M V Sri berkata rondaan itu dilakukan bagi memastikan tidak ada individu yang melakukan aktiviti ziarah menziarahi di Hari Raya.

“Seperti diketahui rondaan polis akan dilakukan di setiap kawasan perumahan yang ada, jadi polis turut menggunakan pendekatan dikendalikan unit kawalan udara PDRM ini.

“Penggunaannya bagaimanapun adalah tertakluk kepada permintaan setiap ketua polis daerah di sesebuah negeri untuk mengaplikasikan penggunaan dron bagi membuat pemantauan di kawasan perumahan dikehendaki,” katanya kepada Bernama pada Selasa.

Sumber: Bernama

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”