Featured By: Attiqah Mohd May 12, 2021 @ 9:41pm

Polis Guna Dron Pantau Pematuhan SOP Hari Raya Di Kawasan Perumahan

Tahun ini merupakan tahun kedua buat seluruh umat Islam  menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan  akan menggunakan dron untuk memantau pematuhan SOP di kawasan-kawasan perumahan dalam tempoh ini.

SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner M V Sri berkata rondaan itu dilakukan bagi memastikan tidak ada individu yang melakukan aktiviti ziarah menziarahi di Hari Raya.

“Seperti diketahui rondaan polis akan dilakukan di setiap kawasan perumahan yang ada, jadi polis turut menggunakan pendekatan dikendalikan unit kawalan udara PDRM ini.

“Penggunaannya bagaimanapun adalah tertakluk kepada permintaan setiap ketua polis daerah di sesebuah negeri untuk mengaplikasikan penggunaan dron bagi membuat pemantauan di kawasan perumahan dikehendaki,” katanya kepada Bernama pada Selasa.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Nov 2019

“Bendera Itu Simbol Kedaulatan Negara Dan Tidak Boleh Dipermainkan”- KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong

Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku dikalangan rakyat Malaysia khasnya. Sila jadikan iktibar!

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Yuna Bakal Buat Konsert 22 Oktober Ini, Peminat Luah Rasa Teruja

Fuhhhhh, tak sabarnya min nak tunggu konsert Yuna! Confirm gempak nii 🥳🥳

Trending Thu, 27 Jan 2022

Iqbal Zulkefli Dakwa DSV Ada Penyakit Narcissistic Personality Disorder – “Kalian Tidak Sedarkah Beliau Sering Membuli Orang Untuk Menaikkan Nama Sendiri?”

Usahawan selebriti, Ahmad Iqbal Zulkefli mendakwa jutawan kontroversi, Datuk Seri Vida (DSV) mempunyai penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD). Ketika dunia hiburan dihangatkan dengan isu yang membabitkan DSV dan penyanyi tersohor Anuar Zain, Iqbal yang merupakan […]