Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 2, 2023 @ 8:51pm

Yuna Bakal Buat Konsert 22 Oktober Ini, Peminat Luah Rasa Teruja

Penyanyi berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat (US), Yuna Zarai berkongsi berita gembira di Instagram miliknya memaklumkan bakal membuat konsert di Kuala Lumpur pada bulan Oktober ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Yuna memuat naik sebuah video pendek ‘teaser’ memaparkan tarikh dan lokasi konsert tersebut bakal dijalankan.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Yuna yang banyak melakukan duet bersama artis antarabangsa ini akan membuat konsert ‘Yunaverse’ pada 22 Oktober, bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

“Welcome to my Yunaverse, save the date KL,” tulisnya di kapsyen.

Bagaimanapun, Yuna masih belum mengumumkan bila tiket konsert Yunaverse akan mula dijual.

Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti tidak sabar untuk menantikan konsert pertamanya di Kuala Lumpur itu.

Sementara itu, rata-rata peminatnya juga teruja untuk menyimpan duit mereka demi membeli tiket konsert pelantun lagu popular Terukir Di Bintang ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Apr 2022
Trending Mon, 8 Apr 2024
Hiburan Mon, 4 Dec 2023

Mahu Lebih ‘Confident’ & Jaga Penampilan Diri, Zoey Rahman Mengaku ‘Buat Muka’ – “Orang Tak Suka Abaikan Saja”

Saya dalam perniagaan kosmetik kalau orang lihat muka berkedut nanti orang tak yakin pula dengan produk kita tu – Zoey Rahman

Featured Tue, 25 Oct 2022
Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Diserang Penyakit Autoimun, Sikap Ashanty Mula Berubah?

Doakan agar semuanya dipermudahkan…

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Altimet Angkat Kisah Rapper Dalam ‘Pendekar Pena’

Kata Altimet, Zizi merupakan pilhan yang paling ideal untuk kolaborasi ini.