Categories: FeaturedTrending

Isu Rentas Negeri Ke Nilai, Neelofa & PU Riz Beri Keterangan Kepada Polis Hari Ini

Berikutan tular isu rentas negeri melibatkan usahawan dan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, dipanggil untuk memberikan keterangan hari ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Che Zakaria Othman, berkata beliau sudah dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Abd Rahman bahawa pasangan berkenaan sudah membuat janji temu petang ini.

“Neelofa dan suaminya dipanggil oleh Ketua Polis Daerah Nilai petang ini untuk ditemuduga lebih lanjut (berhubung rentas negeri ke Nilai).

“Siasatan secara adil akan dijalankan dan kemudian akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Neelofa & Pu Riz dikatakan sekali lagi melanggar kebenaran rentas negeri apabila membuat kujungan di sebuah kedai karpet di Nilai , Seremban 12 Mei lalu.

Terdahulu, pasangan itu dikenakan denda sebanyak RM 20,000 dan RM 10,000 berikutan isu pelanggaran SOP di majlis perkahwinan mereka.

Sumber:Berita Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”