Trending By: Padin November 14, 2020 @ 4:38pm

Isu Vape: Penganjur ABPBH 33 Kesal Artis Tak Peka, Shaheizy Sam Mohon Maaf

Penganjur Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH 33) amat kesal dengan penampilan pelakon Shaheizy Sam yang menggantung rokok elektronik atau vape ketika naik ke pentas bagi mengumumkan pemenang anugerah yang berlangsung malam tadi.

Semua artis telah diberi penerangan berhubung tata susila dan etika berpakaian, bukan sahaja untuk menghadiri majlis berprestij seperti ABPBH, malah kepada semua penyampai anugerah.

“Adalah menjadi tanggungjawab setiap artis untuk memastikan tingkah laku mereka tidak mendatangkan persepsi negatif kepada acara yang dihadiri sekaligus boleh menjejaskan imej artis-artis lain serta industri hiburan secara am.

“Tidak kira apa alasan yang telah diberikan, Sam yang pernah memenangi gelaran Bintang Paling Popular ABPBH sebanyak tiga kali pada 2010, 2012 dan 2014 serta sebagai seorang artis yang berpengalaman sepatutnya lebih peka dalam menghormati pihak penganjur, artis-artis lain dan industri hiburan serta penonton di rumah,” kata penganjur menerusi sebuah kenyataan media.

Pihak penganjur telah berkerja keras untuk memastikan acara berjalan lancar serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), malangnya insiden ini telah mencalarkan kredibiliti ABPBH 33 dan perkara ini adalah amat dikesali pihak penganjur ABPBH.

Dalam acara anugerah yang berlangsung malam tadi, Sam dikecam ramai pihak kerana menggantung vape di leher ketika menyampaikan trofi kategori Artis Baharu Popular.

Menerusi akaun Instagram Sam, pelakon filem Polis Evo itu memohon maaf atas kejadian terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Apr 2024
Selebriti Sat, 18 Nov 2023
Trending Sat, 27 Jul 2019

Isteri Suka ‘Shopping Online’, Surprise Menanti ..

Kejutan Hadiahkan Kek Berbentuk Bungkusan Kurier

Hiburan Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Featured Thu, 23 May 2024
Featured Wed, 11 Jan 2023
Trending Sun, 18 Mar 2018

艾莎公主现身暴风雪街头!解救陷入雪地的警车

迪士尼经典动画《冰雪奇缘》(Frozen)的艾莎(Elsa)拥有掌控冰雪的魔力,深受影迷喜爱。不过,美国网友日前直击「艾莎」现身波士顿街头,还撩起裙摆、协助受困警车脱离雪堆,而当时的影片也在网路上爆红疯传。