Categories: Trending

Jadi Hos Melodi Ganti Janna & Awal: “Loud Saya Memang Limited Edition, Akan Ada Yang Sentap Nanti” – Nabila Huda

Kini sah bahawa pelakon, Nabila Huda adalah pengacara terbaharu program hiburan nombor satu Malaysia, Melodi menggantikan Janna Nick dan Awal Ashaari.

Jelas Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil, beliau sememangnya terkejut dengan tawaran yang diterima kerana menyifatkan tawaran sebagai pengacara Melodi ini adalah sangat besar namun, dalam masa yang sama percaya bahawa cabaran ini harus diambil untuk tidak terus berada di zon selesa.

” Saya rasa kalau orang lain dekat tempat saya, diorang pun akan terkejut juga. Ini memang satu berita yang besar”

“Masa yang Abil dapat offer tu, memang ianya offer yang diluar jangkaan dan prosesnya semua sekejap tapi Abil cabar diri sendiri dan Abil nak rasa perasaan excited ni akan kekal sampai bila-bila sampailah Abil habis mengacarakan Melodi”

Akui lebih selesa menjadi diri sendiri…

Ketika ditanya mengenai pembaharuan yang akan dibawa untuk Melodi nanti, Abil mengakui bahawa beliau lebih selesa untuk menjadi diri sendiri.

Bagaimanapun, untuk jangka masa yang pendek terutamanya pada ketika ini, Abil berusaha untuk menjayakan program Melodi sebaik mungkin.

“Pembaharuan dia is this lah, sebab mula-mula Abil fikir tak boleh keluar dari comfort zone dan to be honest Abil lebih comfortable jadi diri sendiri dan untuk jangka masa pendek ni Abil tak sempat buat any preparation lagi. Tapi akan berusaha untuk  menjayakan program ini”

“Abil akan ‘loud’ bila perlu…”

Menurut Abil yang sentiasa dilihat agak ‘loud’ di media sosial terutamanya dalam menyuarakan isu-isu semasa, ramai netizen  beranggapan bahawa karakter itu akan dibawa ketika mengacarakan Melodi tetapi, Abil menjelaskan beliau tidak akan bersuara atau masuk campur sekiranya perkara tersebut tidak menyentuh hal peribadi beliau.

“Abil loud bila perlu. Abil takkan cakap atau bersuara atau masuk campur tentang hal tersebut. I will never say anything. Loud Abil ni limited edition sikit. Tapi bila loud, dia memang akan terasa sampai ke dalam…”

Dalam masa yang sama, Abil menegaskan dirinya bukanlah sejenis yang streotaip dan tidak menyukai perkara tersebut.

Salma Syahbuddin