Categories: Trending

Jangan Risau… Wang Pengeluaran Khas KWSP Akan Masuk Akaun Sebelum Raya

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bukan semua permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dimasukkan ke akaun semua pemohon bermula pada 18 April yang lalu.

Menurut beliau, wang berkenaan akan dikreditkan secara berperingkat.

Penjelasan itu dibuat selepas menerima banyak pertanyaan mengapa pengeluaran khas KWSP belum dimasukkan ke dalam akaun penerima.

“Jangan risau kalau permohonan anda belum diluluskan dan penyaluran belum dibuat.

“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah memberi komitmen, mereka akan berusaha menyelesaikan semua permohonan sebelum Aidilfitri,” kata Menteri Kewangan tersebut.

Menurut Tengku Zafrul, KWSP menerima permohonan sebanyak 5.3 juta dengan jumlah pengeluaran RM40.1 bilion.

“Ini satu jumlah yang sangat besar. Sukar untuk KWSP menyalurkan jumlah sebesar ini dalam masa yang singkat,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa perkara ini telah dimaklumkan sejak beliau mengumumkan pengeluaran khas KWSP itu lagi.

“Sejak awal lagi, KWSP sudah maklumkan penyaluran dibuat secara berperingkat.

“Sekarang pun sudah ada yang terima makluman KWSP mengenai status permohonan mereka. Ada yang dapat 20 hari bulan, ada yang 21 hari bulan dan sebagainya,” jelasnya menerusi video di Facebook, semalam.

Beliau turut berharap pemohon dapat bersabar menunggu pengeluaran khas KWSP.

“Saya harap Keluarga Malaysia yang terbabit dapat bersabar menunggu pengeluaran khas KWSP,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Fatin Nurain