“Kau Ni Terdesak Sangat, Sebab Tu Cari Laki Orang Je… Senang Sikit!” – Puteri Sarah Liyana Kongsi Pendedahan ‘Berani Mati’ Rakan Ira Kaza

Selepas Puteri Sarah Liyana mendedahkan rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof diganggu oleh Ira Kaza, kali ini individu yang dipercayai bekas rakan kepada Ira bernama Mira Bakri tampil menceritakan beberapa perkara berhubung kontroversi terbabit.

Beberapa tangkap layar Instagram Story Mira mengenai perkara terbabit telah dikongsi semula oleh Sarah di ruangan Instagram Story miliknya.

Dakwa Mira, Ira bertindak mengganggu rumah tangga pelakon itu disebabkan Syamsul memiliki ciri-ciri lelaki idamannya selain mempunyai duit yang banyak.

Malah, Mira juga mendakwa Syamsul bertindak seolah-olah tidak mahu melepaskan Ira kerana di ugut dengan perangai wanita psiko itu.

 

Sementara itu, Mira juga turut memberikan bukti terhadap tindakan psiko Ira yang turut mengganggu bekas kekasih lama Syamsul, Diana Danielle menerusi hantaran komen di instagram milik pelakon filem Magika itu bersama beberapa lagi bukti lain.

Terdahulu, pernikahan pasangan selebriti yang mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 itu didakwa berantakan dan mendapat perhatian wargamaya.

ARTIKEL BERKAITAN: “See You In Court Ira Kaza… Memang Tak Ada Maruah Ke Hadap Suami Orang?” – Puteri Sarah Dedah Rumah Tangga Dengan Syamsul Yusof Diganggu Sejak 2019

Salma Syahbuddin