“Tiap Malam Bella Menjerit & Takut Bila Jumpa Orang…”- Nurse Dedah Keadaan Sebenar Bella Selepas Didera Siti Bainun

Kes penderaan membabitkan Bella semakin mendapat perhatian, malah ramai yang beranggapan campur tangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim seakan-akan memberi sinar terhadap pembelaan #JusticeForBella.

Terbaharu, menerusi perkongsian individu yang dikenali sebagai @mizzsyaza di laman TikTok miliknya, beliau dilihat telah memuat naik video berdurasi 45 saat menunjukkan keadaan dan keletah anak syurga itu sepanjang beliau ditugaskan menjaga remaja terbabit di sebuah hospital.

Menurut Syaza, Bella merupakan seorang anak yang bijak dan sangat baik walaupun ada ketikanya anak syurga itu kelihatan takut ketika bertemu dengan orang baru selain kerap mengalami trauma seperti kerap menjerit pada waktu malam.

 

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata warganet berasa sebak melihat telatah Bella yang kelihatannya beransur pulih setelah mendapat rawatan di hospital terbabit.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada Ahad.Kes penderaan membabitkan Bella semakin mendapat perhatian, malah ramai yang beranggapan campur tangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim seakan-akan memberi sinar terhadap pembelaan #JusticeForBella.

Terbaharu, menerusi perkongsian individu yang dikenali sebagai @mizzsyaza di laman TikTok miliknya, beliau dilihat telah memuat naik video berdurasi 45 saat menunjukkan keadaan dan keletah anak syurga itu sepanjang beliau ditugaskan menjaga remaja terbabit di sebuah hospital.

Menurut Syaza, Bella merupakan seorang anak yang bijak dan sangat baik walaupun ada ketikanya anak syurga itu kelihatan takut ketika bertemu dengan orang baru selain kerap mengalami trauma seperti kerap menjerit pada waktu malam.

 

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata warganet berasa sebak melihat telatah Bella yang kelihatannya beransur pulih setelah mendapat rawatan di hospital terbabit.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada Ahad.

Salma Syahbuddin