Categories: FeaturedTrending

“Janganlah Penjarakan…” – Mawar Rashid Luah Rasa Simpati Terhadap Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa dan suaminya, PU Riz atau Haris Ismail sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dikatakan tidak serik melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Kesalahan demi kesalahan yang dilakukan oleh Neelofa membuatkan ramai yang meluahkan rasa tidak puas hari dan ada yang mendakwa selebriti itu tidak pernah belajar dari kesilapan sehinggakan petisyen untuk mendakwa Neelofa ke penjara telah dilancarkan.

Terbaru, pelakon Mawar Rashid meluahkan rasa simpati terhadap kes yang membabitkan Neelofa.

Menurut komen yang ditinggalkan Mawar di laman Instagram sebuah portal, Neelofa tidak sepatutnya dipenjarakan.

Mawar juga turut meminta agar  perkara tersebut diselesaikan dengan cara baik.

Namun begitu, komen tersebut telah dipadamkan oleh Mawar.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Karpet Nilai 3: Neelofa, PU Riz Mengaku Tak Bersalah Langgar SOP PKPB

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Karpet Nilai 3: Neelofa, PU Riz Dijangka Didakwa Di Mahkamah Esok

Pada 20 Mei , Neelofa dan Haris dilihat telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi kes rentas negeri bertujuan membeli karpet di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”