Featured By: Attiqah Mohd June 16, 2021 @ 6:03pm

Jaringan Internet Lemah, Pelajar Terpaksa Buat Sesi PdPR Atas Tanah

Setelah kisah gadis berusia 21 tahun,  Veveonah Mosibin yang terpaksa menduduki peperiksaan atas talian di atas pokok demi mendapatkan jaringan internet di kawasan pedalaman rumahnya mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, muncul pula kisah sekumpulan pelajar dari Kampung Entakong, Sarawak yang mendapat perhatian netizen. Beberapa keping gambar menunjukkan mereka terpaksa belajar di jalan tanah disebabkan capaian internet yang lemah ketika Pengajaran-Pembelajaran Dari Rumah (PdPR).

Foto berkenaan telah dikongsikan oleh Lenneth Xabi di dalam Facebook Komuniti Limbang yang memaparkan kanak-kanak berkenaan belajar di atas jalan tanah di Ulu Medamit dengan hanya beralaskan karung guni.

Pengguna Facebook Lenneth Xabi mengatakan pastinya para pelajar tersebut belajar dalam keadaan tidak selesa berikutan belajar di kawasan lapang tanpa tempat berteduh. Tambahnya, beliau berharap agar capaian internet di Ulu Mendamit boleh diperbaiki bagi memudahkan pembelajaran para pelajar.

Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengatakan bahawa Kerajaan Sarawak telah mencapai sasarannya untuk memiliki sekurang-kurangnya 1,200 menara telekomunikasi di seluruh negeri bagi meningkatkan infrastruktur internet telekomunikasi berkelajuan tinggi di Sarawak 

Sumber : The Vocket

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Aug 2021

“Kalau Dah Bantu Secara Peribadi, Tak Payah Share, Cukup Sekadar….” – Ajak

Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro berpendapat bantuan secara peribadi yang dihulurkan kepada mereka yang tidak berkemampuan tidak perlu dihebahkan. Mengulas mengenai peranan selebriti untuk membantu golongan yang dilanda kesusahan tatkala pandemik ini, Ajak lebih […]

Trending Mon, 16 Aug 2021
Featured Mon, 29 May 2023