Categories: Trending

Jemaah Dibenar Tunai Umrah Ramadan Ini Dengan Syarat…

Kalau sebelum ini isu melibatkan suntikan vaksin dalam kalangan jemaah haji dan umrah yang ingin menunaikan ibadah tersebut di Kota Mekah masih dalam perbincangan namun, memetik laporan Agensi Berita Arab Saudi (SPA), Mekah melaporkan bersedia untuk menerima jemaah umrah yang sudah menerima suntikan vaksin sempena Ramadan.

Perkara itu diumumkan oleh pihak berkuasa berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Haji yang dipengerusikan Penasihat kepada Penjaga Dua Masjid Suci, selaku Gabenor Mekah Putera Khaled Al-Faisal, pada Rabu.

Kementerian Haji dan Umrah turut mengemukakan pelan musim Ramadan, meliputi peningkatan operasi Masjidil Haram dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Mekah.

Dengan syarat…

Permit menunaikan Umrah akan diberikan kepada mereka yang sudah menerima dua dos vaksin Covid-19, dan mereka yang imun selepas 14 hari menerima dos pertama, dan mereka yang imun serta sudah pulih daripada jangkitan.

Malah, permohonan permit untuk menunaikan Umrah, solat dan lawatan, slot waktu yang ada dan pengesahan akan dibuat melalui aplikasi (Eatmarna) dan (Tawakkalna).

Difahamkan, semua kemudahan pengangkutan turut disediakan termasuk perkhidmatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Haramain serta menetapkan laluan ekspres untuk jemaah umrah oleh petugas di bawah pelan operasi Mekah sempena ramadan.

 

Sumber  : Bernama

Salma Syahbuddin