Categories: FeaturedTrending

“Terus M*ki Hamun Saya Persoal SOP” – Alyah Bidas Kritikan Rentas Negeri Ke Langkawi

Selepas isu pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz yang dikritik kerana merentas negeri di Langkawi kini penyanyi terkenal, Datin Alyah menerima nasib yang sama.

Terbaru, kunjungan Alyah ke Langkawi atas urusan kerja telah mendapat kritikan ramai berikutan foto fotonya yang dilihat berada di atas sebuah kapal mewah.

Menerusi laman Instagram, Alyah meluahkan rasa kecewa kerana ramai yang mempertikaikan tindakannya yang dikatakan melanggar SOP dan tidak sensitif dengan isu rentas negeri yang masih menjadi perdebatan hangat.

 

Justeru, Alyah tampil menjelaskan perkara sebenar di Instagram rasminya.

“Sejak saya berada di Langkawi, pelbagai DM yang saya terima antaranya seperti yang saya muat naik di media sosial. Itu belum lagi nombor tak dikenali. Salam tidak apa pun tidak, terus maki hamun saya persoal itu dan ini mengenai SOP.

“Saya masih seorang penyanyi dan bekerja di bawah syarikat rakaman sendiri. Sebagai peniaga muzik saya harus mengeluarkan lagu bagi memastikan perniagaan ini berterusan. Ia bukan hanya pada halwa telinga sahaja, tapi pihak saya perlu juga mengeluarkan produk dalam bentuk visual juga,”’ tegasnya menjawab tuduhan warganet di Instagram peribadinya yang diikuti oleh 934,000 pengikut.

Difahamkan, Alyah berada di Langkawi kerana menjalani penggambaran video muzik lagu Thank You Allah.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”