Categories: FeaturedTrending

“Mak Tiri Tak Tahu Hukum Hakam Ke?” – Nak Kahwin Anak Tiri Sendiri, Tak Sempurna Mencintaimu Buat Ramai Sakit Hati

Sejak akhir akhir ini, Drama Tak Sempurna Mencintaimu sering kali menjadi perdebatan di kalangan penonton di media sosial.

Sebaik sahaja drama ini bersiaran, laman media sosial akan dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para penonton yang setia mengikuti jalan cerita ini.

Terbaru, watak Melissa lakonan Rita Nadira berjaya mencuri perhatian netizen.

Dalam episod 10, Melissa dilihat bertengkar dengan Mustaqim lakonan Reza Rosli, walaupun Melissa telah menikahi ayah Mustaqim namun dia masih menyimpan perasaan terhadap anak tirinya.

Justeru, perkara itu menimbulkan kemarahan penonton dengan sikap Melissa.

Ramai yang mempertikaikan sikap Melissa yang tidak mengetahui hukum hakam agama sehingga ingin menikahi anak tirinya sendiri.

 

Drama yang menampilkan lakonan hebat Redza Rosli, Intan Najuwa, Wan Maimunah, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan ramai lagi ini bersiaran setiap Isnin hingga Ahad pada jam 7 malam hanya di TV3!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”