Categories: Trending

Tiada SOP Baharu Berkenaan Surat Rentas Negeri

Polis daerah Terengganu menafikan bahawa wujud prosedur operasi standard (SOP) baharu kononnya borang rentas negeri hanya boleh diluluskan dengan tandatangan pegawai polis terlebih dahulu sebelum pemohon dibenarkan memohon untuk mengisi borang berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Chukai, Superintendan Hanyan Ramlan, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kes pemalsuan tandatangan pada surat kebenaran merentas negeri  yang tular di media sosial.

“Borang rentas negeri kosong milik Balai Polis Chukai yang lengkap bertanda tangan Ketua Balai Polis Chukai ditularkan di media sosial dengan tulisan ‘dapat info SOP terbaru ialah approve (lulus) dulu baru isi form”

Maklumat itu adalah palsu!

Justeru itu beliau menafikan perkara berkenaan dan memberitahu bahawa maklumat tersebut adalah palsu.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Balai Polis Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Ramli pada borang tersebut.

Terdahulu, borang merentas negeri tersebut kononnya dikeluarkan kepada seorang wanita untuk merentas negeri ke Kuala Lumpur bagi menghadiri sesi temuduga.

 

Sumber :  BH

Salma Syahbuddin