Categories: FeaturedTrending

Dari Geng Sidai Ke Kene Sidai, Ryan Deedat Dedah Inspirasi Single Terbaru

Penyanyi, Ryan Deedat kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Kena Sidai berkolaborasi bersama komposer muda, Heil Nuan dan rapper, Killa Drilz.

Menurut Ryan Deedat, perkataan KENE SIDAI amat sinonim dengan pengikut Instagram miliknya memandangkan frasa berkenaan sering dijadikan topik utama.

Ketika ditemui di sidang media KENE SIDAI, Ryan berkata,

“Saya aktif berinteraksi bersama pengikut saya setiap malam menerusi IG LIVE sejak empat bulan yang lalu.

“Bermula dari gurauan ‘Ryan sidai’ dan menggelar pengikut saya sebagai ‘geng
sidai’ maka terhasil program bual bicara bersama tetamu undangan dalam ‘SIDAI TALK’ dan mengumpul peminat saya melalui akaun @gengsidaiofficial di platform yang sama’.

“Banyak yang kami bincangkan dan respons yang diterima begitu baik. Apabila terhasilnya lagu KENE SIDAI, saya gembira dengan maklum balas yang terima. Mungkin juga sebab tema
yang diketengahkan dekat dengan semua,” kata Ryan lagi.

Tonton video muzik eksklusif KENE SIDAI di YouTube Indigital Music.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”