Categories: Trending

Jemaah Eropah Maut Terjun Depan Kaabah

Di sebalik kekusyukan umat Islam menunaikan solat Tarawih, seorang jemaah nekad terjun dari tingkat atas seterusnya maut di tempat kejadian.

Berdasarkan laman Twittwer rasmi Saudi News FR, siasatan awal mendedahkan lelaki berusia 26 tahun itu merupakan seorang warganegara Asia yang menetap di Eropah.

Rakaman kamera litar tertutup mendedahkan, lelaki tersebut terjun dari tingkat atas dan maut di tempat kejadian.

Difahamkan, mayat lelaki itu telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, kenyataan mengenai kes tersebut akan dikeluarkan setelah siasatan polis selesai.

SGMS Faida