Categories: Eat TravelSemarak

Nikmati Kelazatan Butter Chicken Dengan Resipi Mudah Ini

Salah satu masakan India yang telah menjadi popular di kalangan orang Melayu ialah butter chicken. Ia sama macam kari ayam, tapi kuahnya kurang pedas dan sebaliknya lemak berkrim kerana adanya tambahan ramuan mentega.

Bila makan dengan nasi putih panas-panas, fuuuh. Memang power.

Resipi butter chicken yang tulen sedikit complicated kerana ia memerlukan macam-macam rempah yang orang Malaysia jarang pakai seperti garam masala dan mungkin saffron.

Jangan risau! Di sini ada resipi yang telah dipermudahkan. Tak perlu pakai rempah yang pelik-pelik, tapi anda gerenti akan dapat rasa kelazatan yang sinonim dengan masakan ini.

Jom cuba memasak butter chicken!

Bahan-bahannya:

2 sudu kecil serbuk kari

1 sudu besar tepung gandum/tepung beras

1 biji telur

200 gram dada ayam, dipotong kecil

2 sudu besar mentega

2 biji cili padi, dicincang (kalau nak pedas lagi, tambahlah)

1 pelepah daun kari

1 cawan susu cair – (kalau nak banyak kuah, tambahlah)

Garam

Gula

Serbuk lada hitam

Optional: beberapa keping keju cheddar 

Cara-caranya:

1. Gaul ketulan ayam dengan serbuk kari, telur, tepung, 1 sudu teh gula dan 1 sudu teh garam, dan perap selama 30 minit.

2. Goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

3. Panaskan kuali dengan mentega. Tumis cili dan daun kari sehingga wangi.

4. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Jika anda inginkan kuah yang lebih berkrim, masukkan pula kepingan keju. Kacau.

5. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

6. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan masak seketika kerana tepung yang melekat pada ayam akan memekatkan kuahnya.

Dah siap! Saksikan video ini untuk dapatkan gambaran bagaimana cara memasak resipi ini.

Sumber: Buat Orang Lapo

Ad Ops