Categories: Trending

Jijik Dan Menyakitkan Mata, Kawasan Gunung Everest Dah Tak Macam Dulu!

Bukan saja tong gas, malah najis manusia pun ada! Gunung Everest dilaporkan dipenuhi dengan bahan buangan oleh para pendaki yang tidak bertanggungjawab.

Difahamkan, bukan setakat najis yang ditemui, khemah pendaflour, peralatan pendakian yang ditinggalkanbersepah di laluan ke puncak setinggi 8,848 meter itu.

“Ia menjijikkan, menyakitkan mata. Gunung itu menampung sisa buangan sebanyak bertan-tan,” kata Sherpa Pemba Dorje, yang sudah mendaki gunung itu 18 kali.

Ketika bilangan pendaki semakin bertambah, sekurang-kurangnya 600 berjaya menawan kemuncak tertinggi dunia itu tahun ini sahaja, masalah juga semakin buruk.

Sementara itu, glasiar yang semakin mencair disebabkan kepanasan global mendedahkan sampah yang terkumpul di atas gunung itu sejak Edmund Hillary dan Tenzing Norgay berjaya sampai ke puncak 65 tahun lalu.

Usaha sudah dijalankan. Lima tahun lalu, Nepal melaksanakan deposit sampah sebanyak AS$4,000 (RM15,000) bagi setiap pasukan yang akan dipulangkan jika setiap pendaki membawa turun sekurang-kurangnya lapan kilogram sampah.

Sementara di sebelah Tibet pula, mereka dikehendaki membawa turun jumlah sampah sama dan didenda AS$100 (RM400) setiap kilogram jika tidak berbuat demikian.

Pada 2017, pendaki di Nepal membawa turun hampir 25 tan sampah dan 15 tan sisa buangan manusia, menyamai tiga bas dua tingkat, menurut Jawatankuasa Kawalan Pencemaran Sagarmatha (SPCC).

Sumber: BH Online

SGMS Faida