Categories: Trending

Rebut Peluang Penurunan Kadar OPR: Jimat Bayaran Ansuran Bulanan, Pakej Pembiayaan Perumahan

Penurunan kadar dasar semalam (OPR) kepada 1.75 peratus memberi kelebihan kepada rakat khususnya dalam menghadapi kegawatan ekonomi di ambang COVID-19.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kos pinjaman menjadi murah dan memungkinkan peminjam membiayai semula hutang sedia ada dengan komitmen bulanan baharu lebih rendah.

Jimat bayaran ansuran bulanan

“Selain itu, bagi kemudahan pinjaman dengan kadar berubah, bayaran ansuran bulanan bakal dikurangkan akibat pengurangan OPR itu.

“Bagi mereka yang mencari rumah, pakej pembiayaan perumahan yang lebih kompetitif membantu dalam meringankan beban komitmen kewangan yang bakal ditanggung selepas permohonan pinjaman itu diluluskan.

“Malah, penjimatan daripada bayaran bulanan boleh meningkatkan pendapatan boleh guna.

“Perkara ini boleh merangsangkan perbelanjaan swasta yang menjadi komponen penting dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Baca artikel berkaitan: Bank Negara Kurangkan Lagi Kadar Faedah Kepada 1.75 Peratus

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”