Categories: Trending

75 Peratus Pekerja Malaysia-Singapura Akan Bekerja Semula

Berita baik!

Kira-kira 75 peratus rakyat Malaysia yang dicutikan sementara dijangka bakal bekerja semula di Singapura.

Lebih 100,000 Pekerja Akan Diambil Semula

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia Johor, Mohd Izhar Ahmad, perkara tersebut dicapai melalui perbincangan yang diadakan antara kerajaan negeri dengan Singapura serta beberapa majikan yang kebanyakannya dalam sektor industri utama di republik berkenaan.

“Hasil perbincangan itu, setakat ini kira-kira 75 peratus daripada mereka akan diterima balik bekerja. 15 peratus lagi masih menunggu keputusan dan 10 peratus lagi menyatakan hasrat untuk tidak lagi bekerja,” katanya.

Sama-sama kita doakan supaya masalah ini tidak berlanjutan!

Sumber: Harian Metro


Syafiqa Irdina