Categories: Trending

Malaysia Catat 4 Lagi Kes Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan terdapat empat lagi kes baharu positif jangkitan Covid-19 di negara ini.

Catat pertambahan kes

Sumber : Google

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 8,729 kes.

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ialah 83 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Kesemua empat kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga orang warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara”

Tambahnya lagi, empat kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada Selasa.

Jumlah kes kematian kekal

Sumber : Google

Selain itu, Dr Noor Hisham memaklumkan tiada sebarang kematian berkaitan COVID-19 direkodkan dan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 122 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dan sehingga kini, terdapat enam kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

Salma Syahbuddin