Categories: Trending

Gaji RM1000 & Tidak Ada Slip Gaji Masih Boleh Miliki Rumah, Ini Caranya…

Mesti ramai yang memasang impian untuk miliki rumah sendiri bukan? Namun, takut dan kurang berkeyakinan dengan gaji yang kecil dan tidak mempunyai slip gaji.

Jangan risau! Kini pekerja yang bergaji RM1000 dan tidak mempunyai slip gaji boleh memiliki rumah sendiri melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020.

Apa itu SJKP?

SKJP merupakan skim perumahan yang terbuka kepada warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Skim ini juga merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina, atau telah siap, rumah sedia ada atau lelongan.

Syarat Layak memohon

Sumber : Google

Antara syarat kelayakan memohon skim SJKP 2020 ini ialah :

  • warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan sebagainya ATAU berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan – Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah/ sederhana/ mampu milik dan untuk didiami
  • Pembelian rumah kediaman baru / didalam pembinaan atau sedia ada ATAU lelongan
  • Pendapatan purata kasar. Minima RM1000 sebulan
  • Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan dimana permohonan dibuat
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman <65% daripada pendapatan kasar
  • Rekod tunggakan CCRIS 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Tidak mempunayi sebarang rekod negatif bagi tempoh 24 bulan terkini

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ini bolehlah menghubungi talian 03-2096 5000 atau boeh email di : enquiry@sjkp.com.my

Salma Syahbuddin