Categories: Trending

“Hisham Is Being Hailed As A National Hero” Rakan Puji Usaha Keras Dr Noor Hisham Tangani Krisis Pandemik

Kejayaan dan langkah yang diambil oleh Malaysia dalam menangani krisis Covid-19 sememangnya di puji oleh majoriti negara di dunia.

Maka, tidak hairanlah jika rakan sejawat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memuji dan berbangga dengan kerja keras Dr Noor Hisham serta pasukannya menangani krisis ini.

Sedih dengan negara sendiri

Pakar bedah endokrin Amerika Syarikat (AS), Julie Miller bagaimanapun berasa sedih dengan negara nya itu di mana kumpulan petugas kesihatan terpaksa berjuang mengawal penularan wabak berkenaan.

Malah, beliau turut menekankan bahawa pentingnya untuk mengetepikan fahaman politik dalam usaha menjadikan keadaan lebih baik terutamanya dalam kes memutuskan penularan Covid-19 seperti Malaysia.

” Lihatlah AS (Amerika Syarikat) dan Dr Fauci pula (Pakar penyakit berjangkit AS, Dr Anthony Fauci) diancam bunuh,” Katanya.

Malaysia negara terbaik!

Menerusi muat naik dilaman Facebook miliknya, Miller menyifatkan Malaysia menjadi contoh negara terbaik apabila pemimpin atasan mendengar pandangan sains dan bukan politik semata-mata.

Tambahnya lagi, Malaysia sebuah negara Asia berbilang bangsa dengan populasi yang padat namun, Malaysia dapat mengatasi krisis Covid-19 dengan baik sehingga Dr Noor Hisham turut diangkat sebagai hero negara.

Syabas Malaysia dan para frontliners kita!

Salma Syahbuddin