Categories: OMG

Aiman Hakim Berlakon Dengan Bapa Mertua Dalam Drama Bila Cupid Jatuh Cinta

Korang pasti sudah sedia tahu bahawa drama terbaharu yang ditayangkan di slot Lestari berjudul Bila Cupid Jatuh Cinta sudahpun ditayangkan di TV3 bermula 4 Julai lalu.

So selepas beberapa episod dah ditayangkan, bagaimana reaksi korang? Cair tak bila tengok hero kacak, Aiman Hakim Ridza memainkan watak sebagai Dani?

Ha, selain daripada barisan pelakon yang hebat, jalan cerita drama ini pun ternyata menarik dengan penampilan Oktavia Manrose sebagai Fira.

Aiman beraksi dengan bapa mertua?

Untuk korang yang belum tahu, drama ini merupakan gandingan pertama Aiman bersama dengan bapa mertuanya, Zainol Macwilson.Uish, first time kita dengar menantu berkolaborasi dengan bapa mertua dalam sesebuah drama. Selalunya pasangan suami isteri dan pasangan kekasih sahaja kan?

Agak-agak nervous tak Aiman bergandingan bersama bapa mertuanya menerusi ini? Yang penting kena pandai jaga diri lah. Kena behave tau sebab bapa mertua depan mata je!

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover