Categories: FeaturedTrending

JKN Selangor Sahkan Sektor Kilang Cetus Kluster Terbesar, Ramai Minta Kilang Ditutup

Umum maklum, angka kes COVID-19 di negara ini yang melepasi angka 20,000 semalam. Justeru, menerusi sidang media khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, beberapa perkara penting telah diperjelaskan termasuk punca kluster kes meningkat di daerah Selangor.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Keong berkata, peningkatan kes COVID 19 ketika ini adalah berpunca daripada penularan varian Delta yang telah menjadi dominan di Lembah Klang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKN Selangor) turut memaklumkan sektor perkilangan adalah penyumbang terbesar kluster di Selangor dan tiada satu pun kluster di negeri itu berpunca daripada sambutan perayaan.

Susulan itu, KKM katanya akan menambah 3,000 silinder oksigen di Selangor dan sehingga 4 Ogos ini juga menurutnya, sudah 98% penduduk di Selangor menerima dos pertama vaksin COVID 19. Manakala 43.4% penduduk lagi sudah terima dos kedua vaksin tersebut.

Menerusi ruangan komen yang ditinggalkan di sidang live terbabit, ramai yang meminta agar kerajaan menutup sektor kilang dengan segera sebelum kes menjadi lebih parah dan lebih ramai nyawa yang terpaksa berkorban.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”